Rabu, 29 Ogos 2012
Ahad, 26 Ogos 2012
Ahad, 12 Ogos 2012
Cermin Terbaik Buat Diriku
Cermin Terbaik Buat Diriku.
Suatu petang yang hening,
terdapat seorang remaja sering berwajah murung. Dia bekerja sebagai tukang
kebun di sebuah rumah orang kaya berpangkat Dato' di sebuah kawasan perumahan
banglo. Setiap hari dia memikirkan adakah
majikannya berpuas hati dengan kerja yang dilakukannya. Hal ini kerana dia sentiasa diperhatikan oleh majikannya
setiap kali dia melakukan sesuatu. Dia menjadi serba salah dalam setiap
tindakan yang dia hendak lakukan. Keadaan seperti ini membuatkan dia menjadi lemah semangat untuk meneruskan
pekerjaan. Adakah majikan ku hendak memecatku? bisik kati remaja tadi.
Keesokan
harinya, dia mengambil cuti bekerja untuk berehat kerana merasakan dirinya
tidak sihat. Selepas membuat rawatan di sebuah klinik, Dia berasa lega kerana
disahkan tiada apa-apa penyakit dan doktor menasihatinya supaya banyakkan
berehat.
Semasa melewati
kedai bunga, dia terpandang sebuah pondok telefon. Hatinya tergerak untuk
menelefon majikannya untuk mengetahui prestasi dirinya sebagai pekerja di
kediaman majikannya.
Remaja : Hello, adakah ini rumah Dato Kamal?
Majikan : Ya ini rumah Dato' Kamal dan sayalah orangnya.
Remaja : Begini Dato'
saya terbaca sebuah artikel mengatakan Dato' memerlukan seorang pekerja untuk mengurus halaman
rumah Dato'. Adakah kerja itu masih kosong?
Majikan : Oh ya, memang saya memerluka seorang pekerja untuk
menguruskan halaman rumah saya, dan sudah ada pekerja
yang sanggup melakukannya.
Remaja : Boleh saya tahu adakah Dato' berpuas hati dengan
kerja yang dilakukannya? Saya sudi menjadi gantinya
jika Dato' tidak beruas hati dengan hasil kerjanya.
Majikan : Oh maafkan saya. Saya amat beruas hati dengan
kerjanya. Setiap hari saya melihat dia melakukan kerjaya dengan
baik sekali. Oleh kerana itu, saya tidak mahu dia digantikan dengan yang
lain dan bercadang untuk mengambilnya sebagai anak angkat.
Remaja : Kalau begitu baiklah Dato', terima kasih.
Dia berpuas
hati setelah mendengar kata-kata majikannya sebentar tadi untuk menjadikannya
sebagai anak angkat, dia berasa sungguh gembira. Tiba-tiba seorang pemilik
kedai bunga memanggilnya.
Pemilik kedai : maafkan saya, saya bersimpati dengan kamu.
Sekiranya kamu mahu marilah berkerja dengan saya, kebetulan saya memerlukan seorang pekerja.
Remeja : terima kasih atas simpati tuan, semoga Tuhan
memberkati niat tuan. Sebenarnya sayalah pekerja yang bekerja di rumah Dato'
Kamal. Saya menelefonnya untuk mengetahui samada dia berpuas hati dengan saya
atau sebaliknya. Sebentar tadi dia berkata mahu menjadikan saya sebagai anak
angkatnya. Sekarang saya berasa lega dan sangat gembira.
KESIMPULANNYA : Bertanyalah kepada
orang yang sentiasa bersama kita untuk mengetahui keadaan diri kita yang
sebenar. Teman rapat merupakan cermin terbaik untuk kita memperbaiki diri
kita menjadi yang lebih baik.
|
Langgan:
Catatan (Atom)