"FUN FAIR" YANG TAK KESAMPAIAN..
10/3/2012 21:30pm
"Hari ni aku ade mesyuarat sispa"...
Faiz memberitahu aku pada malam ni sebelum pegi dinner. Maybe la die tak nak aku tertunggu2 die untuk pegi makan... So untuk membalas kate2 die tu aku pun cakap kat die aku nak pegi "fun fair" malam ni, ka pegi la mesyuarat. Nanti habis mesyuarat ka sapu je la sape2 punye makanan sebab aku makan kat sane and memang tak nak kluar dah lepas tu...
Demikianlah dialog yg serba ringkas sebelum Faiz pegi mesyuarat sispanya. Tapi tu bukanlah ape yg aku nak cerita malam ni... cerita untuk kali ni tentang nasib aku malam ni.. sebaik saja Faiz kluar dari bilik untuk pegi ke mesyuaratnya, aku pun nak bersiap untuk pegi "fun fair", tapi sebelum tu aku membaca buku dulu... almaklumlah hobi yg tak dapat aku nak tinggalkan... bukunye bertajuk "bagaimana akhirnya aku bertudung"... bukanlah aku nak pakai tudung tapi just nak tahu kisah wanita2 yg akhirnya memakai tudung... kite boleh belajar daripada pengalaman orang lain pe... tapi kalau aku pakai tudung pun cute ape???*#*#*#???
So dalam ketenangan membaca kisah wanita2 yg akhirnya memakai tudung tu, aku pun terenung sekejap memikirkan nasib wanita2 pada hari ini yg tak ramai nak pakai tudung malah ade pulak yg mempertikai hukum Empunya dunia dan nyawa setiap hidupan tu... ape nak jadi dengan diorang itu bukan lah urusan aku.. barang kali mereka tak bertemu hidayah untuk pakai tudung lagi kooottt... almaklumlah hidayah tu milik ALLAH... Pak saudara Nabi kita pun tak bertemu hidayah jugak, walhal die tak perangi islam pun malah membela Nabi lagi... bukankah ALLAH ade menegaskan tentang hidayah dalam quran, surah ape tu aku tak ingat..., bahawa hidayah tu Dia yg punya bukan Ahmad Al-BAB yg punya hehehe amik sikit filem P. Ramlee punye ayat jap...
Berbalik semula kepada kisah aku tadi, tengah2 duk mengelamun tu akhirnya aku pun merebahkan diri di atas sejadah usang yg selalu aku guna untuk solat di bilik kalau tak sempat ikut jemaah kat surau... ini permulaannya yg terjadi pada aku malam ni... macam biasa bila dah rebah maka 2 pintu utama gua (mata) pun akan tertutup jugak... so aku tertidur la malam ni dengan baju t-shirt usang yg masih nampak baru dan berkain pelekat kotak2... bagaimana dengan niat aku nak pegi "fun fair" tadi??? hah ini la nak bagi tau bendenye yg selalu jadi kat aku... kita semua tahu fun fair" tu tempat hiburan, dan hiburan merupakan salah satu cara untuk kita release tension kita, same ade ke arah mungkar atau pun tidak je yg membezakan cara orang berhibur... so aku ni seumur hidup sampai sekarang ni tak pernah la pergi kat tempat2 macamni, jadi malam ni aku dah berniat nak pergi dengan tujuan nak tahu bagaimanakah suasana sebenarnya si fun fair tu, tapi almaklum la ALLAH masih sayang aku... Dia tidurkan aku sewaktu merenung sambil terlelap tadi dengan asyiknya... aku tak rase aku bermimpi fun fair pun waktu tidur tu and tak pulak mimpi yg lebih menyeronokkan daripada fun fair tu tapi macam mane boleh asyik???... akhirnye aku pun tersedar la daripada tidur aku yg asyik sangat tadi bilamana Faiz balik daripada mesyuaratnya... aku sangka masih awal untuk aku pergi fun fair dengan die... rupenye jam dah pun pukul 23.30 malam... lagi 30 minit je lagi mase yg tinggal untuk aku kluar...
(Gruuuuppp) tibe2 je perut aku mengaum nak makan... ye la dah tertidur so belum makan lagi la... "Faiz ka dah makan?" pertanyaan aku kepada Faiz tu dijawab "belum"... "hah eloklah tu dah terlanjur ni jom la kluar makan sempat lagi ni" kata aku la pulak kat Faiz... kitorang pun kluar la pegi makan... tepat pukul 00:00 pagi kitorang sampai di muke depan pintu masuk USIM... selamat kitorang sempat kalau tidak berkhemah kat tepi pintu masuk la kitorang malam ni huhuu... setelah sampai di kolej Faiz pun terbungkanglah kekenyangan... dan aku pulak menaip la tentang kisah aku malam ni kalau tak tak dapat la korang bace... so sekian saje lah untuk perkongsian cerita malam ni daripada aku... korang ape crite? jom la share cerite...
Glosari :
ka : engkau
terlanjur : alang-alang and banyak lagi maksudny bergantung kepada ayat...
untung la :: ade jgak org nak masukkan name koi dalam blog nie :: thnx :: terharu jgak la ::.
BalasPadam