Mayat Tak Diterima Bumi
Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang Kisah ini berlaku
di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh
Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman. Kisah berlaku di
sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang
bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga
nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.
Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali
apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu
hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh
pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa
yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai
dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap
mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak
nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar.
Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh
dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh
yang sungguh ngeri wajahnya. Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan
berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat
seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang
kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan
diri. Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada
bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah
lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu
peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan
datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat
duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk
membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak
sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa
yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh
terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti
bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya
berasa amat berat sekali. Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi
suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang
diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum
jatuh pengsan. Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan
orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya
yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang
kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap. Pagi besoknya apabila
dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian
seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya
menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut
mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak
langkah kebilik mandi. Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang
sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik
apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh
bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang
berat dari lubang tersebut. Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan
dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat
besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di
talian bebas tol : 1-800-88-88-88 Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus Kerepek
Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus Kerepek Ubi
Mentah - RM 0.50 sebungkus Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah
Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI...
SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)
korang rasa TERKENA? xkn xnk kongsi ngan kekawan? apa lagi? jom share. baru
ADIL samer2 kena hahaha. admin pom terkena jugak macam korang! best apa hahaha
cerita ini admin dapat dari blog,jgn marah. ini cerita lama.xtau pulak famous
jugak yer hahaha #gambar sekadar hiasan sahaja :):)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan