salam

:: Assalamualaikum dan salam sejahtera ::SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA SEMOGA ANDA MENDAPAT MANFAAT DARIPADANYA::

Rabu, 29 Ogos 2012

Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa





Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)

Ahad, 12 Ogos 2012

Cermin Terbaik Buat Diriku


Cermin Terbaik Buat Diriku.
           
            Suatu petang yang hening, terdapat seorang remaja sering berwajah murung. Dia bekerja sebagai tukang kebun di sebuah rumah orang kaya berpangkat Dato' di sebuah kawasan perumahan banglo.  Setiap hari dia memikirkan adakah majikannya berpuas hati dengan kerja yang dilakukannya. Hal ini kerana  dia sentiasa diperhatikan oleh majikannya setiap kali dia melakukan sesuatu. Dia menjadi serba salah dalam setiap tindakan yang dia hendak lakukan. Keadaan seperti ini membuatkan  dia menjadi lemah semangat untuk meneruskan pekerjaan. Adakah majikan ku hendak memecatku? bisik kati remaja tadi.

          Keesokan harinya, dia mengambil cuti bekerja untuk berehat kerana merasakan dirinya tidak sihat. Selepas membuat rawatan di sebuah klinik, Dia berasa lega kerana disahkan tiada apa-apa penyakit dan doktor menasihatinya supaya banyakkan berehat.
           
          Semasa melewati kedai bunga, dia terpandang sebuah pondok telefon. Hatinya tergerak untuk menelefon majikannya untuk mengetahui prestasi dirinya sebagai pekerja di kediaman majikannya.

Remaja : Hello, adakah ini rumah Dato Kamal?

Majikan : Ya ini rumah Dato' Kamal dan sayalah orangnya.

Remaja : Begini  Dato' saya terbaca sebuah artikel mengatakan Dato' memerlukan                seorang pekerja untuk mengurus halaman rumah Dato'. Adakah kerja  itu               masih kosong?

Majikan : Oh ya, memang saya memerluka seorang pekerja untuk menguruskan                 halaman rumah saya, dan sudah ada pekerja yang sanggup melakukannya.

Remaja : Boleh saya tahu adakah Dato' berpuas hati dengan kerja yang                                  dilakukannya? Saya sudi menjadi gantinya jika Dato' tidak beruas hati                         dengan hasil kerjanya.

Majikan : Oh maafkan saya. Saya amat beruas hati dengan kerjanya. Setiap hari                 saya melihat dia melakukan kerjaya dengan baik sekali. Oleh kerana itu,                 saya tidak mahu dia digantikan dengan yang lain dan bercadang untuk                              mengambilnya sebagai anak angkat.

Remaja : Kalau begitu baiklah Dato',  terima kasih.
         
          Dia berpuas hati setelah mendengar kata-kata majikannya sebentar tadi untuk menjadikannya sebagai anak angkat, dia berasa sungguh gembira. Tiba-tiba seorang pemilik kedai bunga memanggilnya.

Pemilik kedai : maafkan saya, saya bersimpati dengan kamu. Sekiranya kamu mahu marilah berkerja dengan saya, kebetulan saya memerlukan  seorang pekerja.

Remeja : terima kasih atas simpati tuan, semoga Tuhan memberkati niat tuan. Sebenarnya sayalah pekerja yang bekerja di rumah Dato' Kamal. Saya menelefonnya untuk mengetahui samada dia berpuas hati dengan saya atau sebaliknya. Sebentar tadi dia berkata mahu menjadikan saya sebagai anak angkatnya. Sekarang saya berasa lega dan sangat gembira.


KESIMPULANNYA : Bertanyalah  kepada orang yang sentiasa bersama kita untuk mengetahui keadaan diri kita yang sebenar. Teman rapat merupakan cermin terbaik untuk kita memperbaiki diri kita menjadi yang lebih baik.

 

Isnin, 16 Julai 2012

Assalamualikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah ucapan syukur Koi ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kome hidup lagi... Pada hari ini kawan  berasa sangat gembira kerana berjaya mempelajari satu ilmu dalam after effect iaitu seperti video di bawah...haha barang kali ade yg lgy hebat drpd kome utk wat bende ni... tapi x pe koi tetap gmbire sbb kawan baru reti wat bende ni... hehe... moh tengok dok lame pown...

video

Rabu, 23 Mei 2012

Mayat Tak Diterima Bumi


Mayat Tak Diterima Bumi


Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman. Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya. Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri. Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali. Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan. Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap. Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi. Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut. Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol : 1-800-88-88-88 Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-) korang rasa TERKENA? xkn xnk kongsi ngan kekawan? apa lagi? jom share. baru ADIL samer2 kena hahaha. admin pom terkena jugak macam korang! best apa hahaha cerita ini admin dapat dari blog,jgn marah. ini cerita lama.xtau pulak famous jugak yer hahaha #gambar sekadar hiasan sahaja :):)

Sabtu, 31 Mac 2012

"TEAR OPEN YOUR COCOON".


"TEAR OPEN YOUR COCOON".
Add caption

Most of us today live in cocoon. It is dark and dusty inside, and we think we can't get out. We tell ourselves stories about the cocoon, but these stories are lies. They only feel like the truth because they've been repeated  so often. 

We could tear open the cocoon if we wanted to. We could push out and see the light of the world. We could learn to fly.

The cocoon is known by the name of personality. 

Most people live trapped inside their personalities for their entire lives, never known that they can leave. They are victim of their own vented "selves". They wake up each morning to a world that is gray and dusty. There is almost no light. Pushing against the inner wall of the cocoon seems too hard. Why bother? And how can we know for sure if there is anything on the other side?
But they are people who learn to push trough. They learn to think all over again. People who take up thinking again learn to fly. They learn to enjoy taking full possession of their own freedom. In effect, they reinvent who they are. And in the process, they become owners of the human spirits.  

Ahad, 11 Mac 2012

"Kejayaan yang terbilang"...

"Kejayaan yang terbilang"...

        
              Malam ni aq di informasikan oleh kluarga aq di kampung  tentang kejayaan adik aku dalam pertandingan tahfiz peringkat  Negeri  Pahang  dan die akan ke peringkat kebangsaan pulak bertanding di  Pulau Pinang. Semoga die mendapat johan jugak dalam peringkat ni... Hemm aq selaku abg terbilang ni berasa bertuah la sebab yg dah berjaya dlm pertangdingan tu adik aku... mase time aku dulu bukan tak menang tapi saja bagi orang len menang hehehe... yg membezakan aku dengan adik aku adalah ehsan, aku belas ehsan kat pihak lawan tapi adik aku belas ehsan kat diri die jew hehe gurau je... dari segi  hebat, aku kire aku hebat lagi kottt... sebab adik aku wakil sampai kebangsaan jew, aku wakil sampai menengah tau hahaha...

          Okey la kepada adik aku yang bakal bertanding, aku harap die dapat lah buat yang terbaik... bia menang lagi  jgn jd mcm aku belas ehsan kat pihak lawan.... ok sekian wasalam...

-struggle is the key of success-
-muhaimin-