salam

:: Assalamualaikum dan salam sejahtera ::SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA SEMOGA ANDA MENDAPAT MANFAAT DARIPADANYA::

Sabtu, 31 Mac 2012

"TEAR OPEN YOUR COCOON".


"TEAR OPEN YOUR COCOON".
Add caption

Most of us today live in cocoon. It is dark and dusty inside, and we think we can't get out. We tell ourselves stories about the cocoon, but these stories are lies. They only feel like the truth because they've been repeated  so often. 

We could tear open the cocoon if we wanted to. We could push out and see the light of the world. We could learn to fly.

The cocoon is known by the name of personality. 

Most people live trapped inside their personalities for their entire lives, never known that they can leave. They are victim of their own vented "selves". They wake up each morning to a world that is gray and dusty. There is almost no light. Pushing against the inner wall of the cocoon seems too hard. Why bother? And how can we know for sure if there is anything on the other side?
But they are people who learn to push trough. They learn to think all over again. People who take up thinking again learn to fly. They learn to enjoy taking full possession of their own freedom. In effect, they reinvent who they are. And in the process, they become owners of the human spirits.  

Ahad, 11 Mac 2012

"Kejayaan yang terbilang"...

"Kejayaan yang terbilang"...

        
              Malam ni aq di informasikan oleh kluarga aq di kampung  tentang kejayaan adik aku dalam pertandingan tahfiz peringkat  Negeri  Pahang  dan die akan ke peringkat kebangsaan pulak bertanding di  Pulau Pinang. Semoga die mendapat johan jugak dalam peringkat ni... Hemm aq selaku abg terbilang ni berasa bertuah la sebab yg dah berjaya dlm pertangdingan tu adik aku... mase time aku dulu bukan tak menang tapi saja bagi orang len menang hehehe... yg membezakan aku dengan adik aku adalah ehsan, aku belas ehsan kat pihak lawan tapi adik aku belas ehsan kat diri die jew hehe gurau je... dari segi  hebat, aku kire aku hebat lagi kottt... sebab adik aku wakil sampai kebangsaan jew, aku wakil sampai menengah tau hahaha...

          Okey la kepada adik aku yang bakal bertanding, aku harap die dapat lah buat yang terbaik... bia menang lagi  jgn jd mcm aku belas ehsan kat pihak lawan.... ok sekian wasalam...

-struggle is the key of success-
-muhaimin-

Sabtu, 10 Mac 2012

"FUN FAIR" YANG TAK KESAMPAIAN..

"FUN FAIR" YANG TAK KESAMPAIAN..

10/3/2012   21:30pm

"Hari ni aku ade mesyuarat sispa"...

          Faiz  memberitahu  aku  pada malam ni  sebelum  pegi  dinner. Maybe la die  tak  nak  aku tertunggu2 die untuk pegi  makan... So untuk membalas kate2 die tu aku  pun cakap  kat die aku nak pegi  "fun fair"  malam  ni,  ka pegi la mesyuarat. Nanti habis mesyuarat ka sapu je la sape2 punye makanan sebab aku makan kat sane and  memang  tak  nak  kluar dah lepas tu...

           Demikianlah  dialog  yg  serba  ringkas  sebelum  Faiz  pegi  mesyuarat sispanya. Tapi tu bukanlah ape yg aku nak cerita malam  ni... cerita untuk kali ni tentang nasib aku malam ni.. sebaik saja Faiz kluar dari bilik untuk pegi ke mesyuaratnya,  aku pun nak bersiap untuk pegi "fun fair", tapi  sebelum  tu  aku  membaca  buku  dulu... almaklumlah hobi yg tak dapat aku nak tinggalkan... bukunye bertajuk "bagaimana akhirnya aku bertudung"... bukanlah aku nak pakai tudung tapi just nak tahu kisah wanita2 yg akhirnya memakai tudung... kite boleh belajar daripada pengalaman orang lain pe... tapi kalau aku pakai tudung pun cute ape???*#*#*#???  

          So dalam ketenangan membaca kisah wanita2 yg akhirnya memakai tudung  tu,  aku pun  terenung  sekejap  memikirkan  nasib wanita2 pada hari  ini  yg  tak  ramai  nak  pakai tudung  malah  ade  pulak  yg  mempertikai  hukum  Empunya  dunia  dan  nyawa  setiap hidupan  tu... ape nak  jadi  dengan  diorang  itu  bukan lah  urusan  aku..  barang kali mereka tak  bertemu  hidayah  untuk  pakai  tudung lagi  kooottt... almaklumlah hidayah tu milik ALLAH... Pak saudara  Nabi  kita  pun tak  bertemu  hidayah  jugak,  walhal die tak  perangi  islam pun malah  membela  Nabi  lagi... bukankah  ALLAH ade menegaskan tentang hidayah dalam quran,  surah ape tu aku tak ingat..., bahawa hidayah tu Dia yg punya bukan Ahmad Al-BAB  yg punya hehehe amik sikit filem P. Ramlee punye ayat  jap... 

          Berbalik semula kepada kisah aku tadi, tengah2 duk mengelamun tu akhirnya aku pun merebahkan diri  di atas sejadah usang yg selalu aku guna untuk solat di bilik kalau tak sempat ikut jemaah kat surau... ini permulaannya yg terjadi pada aku malam ni... macam biasa bila dah rebah maka 2 pintu  utama  gua (mata) pun akan tertutup jugak... so aku tertidur la malam ni dengan baju t-shirt usang yg masih nampak baru dan berkain pelekat kotak2... bagaimana dengan niat aku nak pegi  "fun fair" tadi??? hah ini la nak bagi tau bendenye yg selalu jadi kat aku... kita semua tahu fun fair" tu tempat  hiburan, dan hiburan merupakan salah satu cara untuk kita release tension kita, same ade  ke arah mungkar atau pun tidak je yg membezakan cara orang berhibur... so aku ni seumur hidup sampai sekarang ni tak pernah la pergi kat tempat2 macamni, jadi malam ni aku dah berniat nak pergi dengan tujuan nak tahu bagaimanakah suasana sebenarnya  si  fun fair tu, tapi almaklum la ALLAH  masih sayang aku... Dia tidurkan aku sewaktu merenung sambil terlelap tadi  dengan asyiknya... aku tak rase aku bermimpi fun fair pun waktu tidur tu and tak pulak mimpi yg lebih menyeronokkan daripada fun fair tu tapi macam mane boleh asyik???... akhirnye aku pun tersedar la daripada tidur aku yg asyik sangat tadi bilamana Faiz balik daripada mesyuaratnya... aku sangka masih awal untuk aku pergi fun fair dengan die... rupenye jam dah pun pukul  23.30 malam... lagi 30 minit je lagi mase yg tinggal untuk aku kluar...

           (Gruuuuppp) tibe2 je perut aku mengaum nak makan... ye la dah tertidur so belum makan lagi la... "Faiz ka dah makan?" pertanyaan aku kepada Faiz tu dijawab "belum"... "hah  eloklah tu dah terlanjur ni  jom la kluar makan sempat lagi ni" kata aku la pulak kat Faiz... kitorang pun kluar la pegi makan... tepat pukul 00:00 pagi kitorang sampai di muke depan pintu masuk USIM... selamat kitorang sempat kalau tidak berkhemah kat tepi pintu masuk la kitorang malam ni huhuu... setelah sampai di kolej Faiz pun terbungkanglah kekenyangan... dan aku pulak menaip la tentang kisah aku malam ni kalau tak tak dapat la korang  bace... so sekian saje lah untuk perkongsian cerita malam ni daripada aku... korang ape crite? jom la share cerite...


Glosari :
ka                : engkau
terlanjur      : alang-alang and banyak lagi maksudny bergantung kepada ayat...

Khamis, 8 Mac 2012

Add caption
Ketenangan jiwa membawa erti seseorang itu aman dan tenteram, tidak gelisah, tidak runsing, lapang fikiran, tidak diganggui, mantap, stabil, berasa lega, tidak risau dan gundah.

Seorang yang mempunyai jiwa yang tenang ia akan menjadi manusia yang selesa hidupnya, bahkan keadaan dirinya. Tidak runsing apabila hatinya tidak terganggu, ia akan dapat membuat kerja dengan baik dan teratur, samada kerja-kerja itu berbentuk tugasan harian ditempat kerja ataupun kerja-kerja dirumahnya atau amalan ibadat yang dilaksanakan setiap hari.

Sebaliknya bagi orang yang mengikut hawa nafsu mereka mencari ketenangan melalui proses yang salah yang tidak direstui oleh syarak seperti minum-minuman yang memabukkan, menghidu gam, menghisap dadah, berseronok dengan wanita-wanita yang bukan isterinya, kesan dari perbuatan itu, mereka dapati kehidupan yang tidak selesa sentiasa dihantui dengan perasaan bersalah, hal yang demikian menyulitkan lagi keadaan yang sedia ada.


  Firman Allah dalam surah Al-Fajr ayat 27-30 yang bermaksud :

" Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya, kembalilah kepada tuhanmu dengan keadaan engkau berpuasa hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (disisi tuhanmu), serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku  yang berbahagia, dan masuklah ke dalam syurgaku ".